top of page

Siri Motivasi Kehidupan 

---

Berani Berimpian Tinggi - Membina Legasi Melepasi Kehidupan

 

Istilah 'azama dalam istilah Al-Quran bermaksud "as-shobru wal-jadd" atau sabar dan bersungguh-sungguh. Begitu juga istilah " al 'azmu 'alay-syai' " bererti memberikan tumpuan penuh dan bersikap teguh untuk terus ambil tindakan. Seorang sarjana, Ar Raghib Al Ashfani dalam Al Mufradat fi Raghibil Quran mendefinisikannya sebagai "aspirasi kuat untuk melakukan sesuatu".

 

"Berani Berimpian Tinggi" dalam kedudukan kata perbuatan adalah panggilan untuk bertindak. Bermula dari mempunyai tekad atau aspirasi yang tinggi, mempunyai jiwa dan matlamat yang lebih besar untuk menterjemahkan idea menjadi realiti. Mempunyai idea atau aspirasi yang tinggi hanyalah satu langkah kecil (walaupun signifikan), hanya 10% dari perjalanan menuju kejayaan. Sudah tentu tidak akan ada kejayaan, jika tanpa langkah permulaan yang pertama. Seseorang yang mempunyai impian yang tinggi perlu sedar, bahawa samada ia adalah aspirasi yang kuat ('azama) atau tindakan terbaik (khairun 'amala), keduanya adalah perintah Tuhan. Membina Legasi Melepasi Kehidupan bukan tindakan jangka pendek, tetapi jauh menjangkau ke arah hari pembalasan (maalikiyau middeen). Melaksanakannya menggunakan penyelesaian sistemik; fizikal (P), intelektual (I), emosi (E) berpasak pada Tuhan (S) dalam bentuk tindakan amal adalah bukti orang yang jujur dan patuh syariat Tuhan."

 

Berani Berimpian Tinggi - Membina Legasi Melepasi Kehidupan

SKU: 978-967-14441-5-3
S$17.00Price
Madani – Corporate Logo V2 [Revised 2021]_Square.jpg
bottom of page