top of page

Bolehkah Hukum Islam Berubah Mengikut Perubahan Keadaan?

 

---

 

Mustazah Bahari (Penterjemah)

Istilah 'azama dalam istilah Al-Quran bermaksud "as-shobru wal-jadd" atau sabar dan bersungguh-sungguh. Begitu juga istilah "al 'azmu 'alay-syai' " bererti memberikan tumpuan penuh dan bersikap teguh untuk terus ambil tindakan. Seorang sarjana, Ar Raghib Al Ashfani dalam Al Mufradat fi Raghibil Quran mendefinisikannya sebagai "aspirasi kuat untuk melakukan sesuatu".

 

"Berani Berimpian Tinggi" dalam kedudukan kata perbuatan adalah panggilan untuk bertindak. Bermula dari mempunyai tekad atau aspirasi yang tinggi, mempunyai jiwa dan matlamat yang lebih besar untuk menterjemahkan idea menjadi realiti. Mempunyai idea atau aspirasi yang tinggi hanyalah satu langkah kecil (walaupun signifikan), hanya 10% dari perjalanan menuju kejayaan. Sudah tentu tidak akan ada kejayaan, jika tanpa langkah permulaan yang pertama. Seseorang yang mempunyai impian yang tinggi perlu sedar, bahawa samada ia adalah aspirasi yang kuat ('azama) atau tindakan terbaik (khairun 'amala), keduanya adalah perintah Tuhan. Membina Legasi Melepasi Kehidupan bukan tindakan jangka pendek, tetapi jauh menjangkau ke arah hari pembalasan (maalikiyau middeen). Melaksanakannya menggunakan penyelesaian sistemik; fizikal (P), intelektual (I), emosi (E) berpasak pada Tuhan (S) dalam bentuk tindakan amal adalah bukti orang yang jujur dan patuh syariat Tuhan."

 

Dr Muhammad Haniff b Hassan (Penterjemah)

“Dalam era moden di Singapura, fahaman dan amalan Islam yang kontekstual bukan sesuatu yang baru berlaku akibat dari dan sebagai reaksi pada masalah pelampauan dan pengganasan di peringkat global dan tempatan. Ia telah berlaku sejak Singapura menjadi sebuah negara berdaulat dan bebas setelah berpisah dari Malaysia pada tahun 1965 sebagaimana yang dilihat dari fatwa-fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Muis dan peruntukan-peruntukan dalam Amla. Keabsahan sikap ini diperkukuhkan lagi dengan kesepakatan antara sikap Pergas melalui bukunya ‘Kesederhanaan Dalam Islam’ dan Muis melalui dokumen terbitannya Risalah dan doktrin RICAP sejak lebih 15 tahun yang lalu”.

 

Mohd Jakfar b Hj Embek, Madani Institute

“Berlakunya pandemik virus COVID 19 masa kini dengan situasi “lockdown” di hampir semua infrastuktur utama negara-negara dunia; seperti komunikasi penerbangan, penutupan sempadan negara, pejabat, masjid dan rumah-rumah ibadat lainnya adalah bukti perlunya proses ijtihad masa kini. Soalan apakah ada dalil bagi social distancing. self quarantine dan pembatalan solat jumaat buat sementara dalam proses buat keputusan hukum, menunjukkan betapa dinamiknya sosialisasi fikih dalam isu kehidupan masyarakat masa kini. Oleh kerana itulah buku ini perlu dijadikan pembacaan penting oleh masyarakat yang perihatin dengan isu-isu fikih berkait dengan kehidupan masyarakat”.

 

---

 

Terjemahan oleh:

Mustazah Bahari &

Muhammad Haniff Hassan 

 

Dicetak oleh:

Madani Institute (Singapura)

 

---

 

ISBN: 978-981-14-5460-8

Bolehkah Hukum Islam Berubah Mengikut Perubahan Keadaan?

SKU: 978-981-14-5460-8
S$18.50Price
Madani – Corporate Logo V2 [Revised 2021]_Square.jpg
bottom of page