top of page

100 Renungan Al-Quran & Sunnah Dalam Menyeru Kebaikan

 

"Sesuai sebagai buku panduan yang bersifat kontemporari, isi kandungan buku Sampaikan Daripadaku: 100 Renungan Al-Quran dan Sunnah Dalam Menyeru Kebaikan ringkas dan jelas untuk dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat dalam gerak kerja dakwah. Ia adalah manual dakwah yang mesti dimiliki, manakala fiqh dakwahnya pula perlu terus diterokai."

 

Prof. Dr. Badlisham Mohd Nasir

Timbulan Dekan Fakulti Tamadun Islam, UTM

 

---

 

Buku kecil yang dinamakan Sampaikan Daripadaku: 100 Renungan Al-Quran dan Sunnah Dalam Menyeru Kebaikan ini ditulis bertujuan untuk mengajak para pembaca untuk melihat metod mendidik manusia daripada al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassallam.

 

Buku ini ditulis untuk membimbing para pembaca untuk berfikir bersama ayat-ayat al-Quran dan membina keupayaan untuk mengaitkannya dengan masalah kehidupan, khususnya cabaran dakwah yang dihadapi. Terlalu banyak ayat al-Quran yang menganjurkan umatnya untuk berfikir. Maka budaya berfikir mengenai apa yang tersurat dan tersirat adalah penting. Tiada satu yang lebih penting bagi umat Islam untuk berfikir dan bertadabbur dengannya selain dari ayat-ayat al-Quran.

 

---

 

Penulis: Dr. Muhammad Haniff Hassan

 

ISBN 978-967-14441-3-9

Sampaikan Daripadaku...

S$17.00Price
Madani – Corporate Logo V2 [Revised 2021]_Square.jpg
bottom of page