top of page

Sinopsis

 

Apa itu syariah dan apa itu fekah sering menjadi keliruan samada pelajar maupun orang dewasa. Tambahan lagi ketika yang berkata tentang fekah tetapi tidak memahami syariah. Apa itu fekah dan apa itu usul fekah juga keliru. Dalam buku ini pengarang menyatakan bahawa keduanya perlu bertindak balas dengan perwatakan dan pemboleh ubah dalam masyarakat. Fekah adalah satu instrument yang hidup dan sehubungan itu, perlu bersosialisasi dengan semua isu dan permasalahan dalam masyarakat berdasarkan tempat dan masa. Adakala syariah dilihat memberikan pelbagai solusi kepada isu yang sama bukan kerana syariah tidak konsisten tetapi kerana isu dan struktur masyarakat yang berbeza dan berubah.

 

Malah pemikiran dan kepercayaan bahawa syariah hanya perlu menyediakan satu solusi kepada semua persoalan dan permasalahan adalah sesuatu yang tidak tepat, kurang bijaksana dan juga tersasar daripada sosiologi fekah yang sebenar. Fekah tidak boleh berfungsi secara terpisah daripada sosiologi dan antrolopogi masyarakat, umpamanya dalam isu HIV/AIDS dalam perkahwinan, skim perbankan tanpa faedah, bencana alam – antara takdir dengan penyelewengan manusia, perakaunan zakat – antara tanggungjawab peribadi dengan pemerintah dan isu-isu lain yang disoroti oleh penulis.

 

Selamat Membaca.

 

---

 

Penulis:

Mohd Daud Bakar

 

---

 

ISBN 978-967-2302094

 

Sosialisasi Fekah

S$18.00Price
Madani – Corporate Logo V2 [Revised 2021]_Square.jpg
bottom of page